Sid Vicious - The Legendary of Punk

12 Oktober 1978
Pukul 11.00 pagi
          KaunterHotel Chelsea di Bandar New York menerima suatu panggilan aduan dari seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya memberitahu sesuatu sedang berlaku di bilik 100. Kerani yang menjawab talian berkenaan meminta pertolongan salah seorang bellboyyang bertugas untuk bergegas ke bilik berkenaan. Seketika kemudian, telefon meja kaunter hotel berdering semula, kedengaran suara lemah seorang lelaki berkata “Seseorang sedang sakit, perlukan bantuan..”
Pada ketika itu, bellboy yang naik ke atas tadi telah pun berada di bilik 100. Sebaik memasuki bilik 100, kelihatan darah berlumuran di kebanyakan tempat di atas katil. Bellboy berkenaan tersentap apabila dia menyaksikan seorang gadis berumur awal 20an dengan separuh bogel berlumuran darah terduduk bersandar di dalam bilik mandi.


 Kepala gadis berambut blonde platinum itu tunduk menghadap lantai dengan matanya terbuka dibawah sinki. Gadis itu hanya bercoli dan  berseluar dalam berwarna hitam, kedua-duanya dibasahi dengan darah pekat yang berlajau-lajau. Di perutnya tercacak sebilah pisau setebal lima inci.
Beberapa minit kemudian, ambulans tiba bersama pihak polis. Setelah pasukan paramedik mengesahkan kematian gadis tersebut yang bernama Nancy Spungen, polis melakukan pemeriksaan sekitar bilik berkenaan dan menjumpai dadah dan alatan untuk menyuntik,  bersama-sama senjata iaitu sebilah pisau Jaguar K-11 yang dipenuhi dengan darah. Mangsa tinggal dengan teman lelakinya yang sebelum itu ditahan di laluan ruang tamu.
Pasangan ini menginap di suite mewah ala Bohemia, Hotel Chelsea di mana sering mendapat kunjungan bintang-bintang popular seperti Bob Dylan, Eugenne O’Neille, Janis Joplin, Jane Fonda serta beberapa nama besar lain lagi.
Pasangan ini mendaftar masuk dengan menggunakan nama ‘Mr. And Mrs. John Ritchie’ walhal kedua-duanya masih belum berkahwin. Teman lelaki Nancy adalah Sid Vicious, ataupun nama sebenarnya Simon John Ritchie, superstar punk yang bermain bass untuk kumpulan muzik punk Sex Pistols.
Vicious dijumpai merayau-rayau di laluan ruang tamu, menangis, menggigil-gigil sebaik tibanya polis di tempat kejadian. Wajahnya lebam-lebam seperti dipukul dengan benda yang keras kerana bergaduh dengan seorang petugas hotel malam sebelumnya. Dia ditumbuk dan dibelasah oleh petugas itu kerana cuba menegur bunyi bising kerana pada malam itu bilik 100 berparti sehingga menganggu penginap yang lain.
 Sebelum ketibaan polis, tetamu yang menginap di hadapan bilik Vicious telah keluar melihat kejadian yang berlaku. Vicious menyatakan yang dia tidak membunuh Nancy. Dengan keadaan yang khayal, Vicious memberitahu kepada wanita di hadapan biliknya bahawa Nancy terjatuh di atas pisau. Dia mengatakan dia teramat menyayangi Nancy dan tidak akan melakukan perkara itu terhadap kekasihnya.
Walau bagaimanapun, Vicious digari dan dibawa ke balai polis dengan tuduhan membunuh kekasihnya.

          
Sid Vicious adalah individu gila yang paling kuat pengaruh serpihan budaya punk pada tahun 70-an. Siapa tak kenal dengan Sid Vicious? Pemain gitar bass kumpulan Sex Pistol ini merupakan ikon kepada dunia punk 70an sehinggalah sekarang.
Terlalu ramai remaja di seluruh dunia menjadikan Sid Vicious  sebagai idola mereka.     Raja penagih heroin ini atau nama sebenarnya Simon John Ritchie lahir pada 10 Mei 1957. Kalau Sid masih hidup, umurnya sekarang sudah 53 tahun – sebaya dengan umur kemerdekaan negara kita. Ibunya Anne Ritchie seorang hippie (juga penagih heroin tegar) manakala bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di istana Buckingham serta bermain muzik  semi-profesional secara sambilan di London. Walaubagaimanapun, sebaik Sid dilahirkan, kedua ibubapanya berpisah.
          Bapa kandung Sid lari dari tanggung jawab, tinggallah Sid terkontang kanting bersama ibunya. Anne memikul tanggung jawab sebagai ibu dan bapa Sid, bekerja di pub-pub sekitar London sehinggalah ke Ibiza, Sepanyol. Walaubagaimana pun, setelah pulang ke London, Anne turut berkahwin dengan beberapa lelaki lain termasuklah seorang lelaki kaya iaitu Chris Beverly sehingga mampu menghantar Sid ke sekolah swasta.
          Benci dengan persekitaran anak-anak orang kaya, Sid menjadi anak yang agak pasif tetapi liar. Dia mula bercampur dengan remaja-remaja yang rosak akhlak mereka dan terjebak dengan najis dadah. Dia membesar dengan semangat anarki disamping tabiat mencederakan diri sendiri. Semuanya gara-gara heroin. Anne bingung dengan perangai anak bujangnya itu kerana ada-ada saja hal yang dilakukan di sekolah. Akhirnya Sid berhenti sekolah dan bekerja sebagai buruh di sebuah kilang fabrik.
          Ketika zaman remaja, Sid juga pernah mengaku mempunyai nafsu seks songsang terhadap lelaki. “Saya pun tak tahu mengapa saya boleh bernafsu sebegitu, sebenarnya saya gemar bereksperimen dengan seks!” jelasnya yang pernah melakukan hubungan sejenis itu walaupun hanya selama dua bulan sahaja. Pengakuan ini berdasarkan tabiatnya yang gemar memakai pakaian perempuan semasa tidur ketika berumur 14 tahun!

MUZIK PUNK, SEX PISTOLS DAN SID VICIOUS

Kumpulan Sex Pistols sudah ditubuhkan pada tahun 1975, band ini adalah pencetus budaya punk yang bersifat anti kerajaan dan mengamalkan ideologi punk paling kuat. Hanya pada tahun 1977, Sid Vicious menyertai Sex Pistols yang kebetulan pemain bass asal kumpulan ini, Glenn Matlock mengundurkan diri.
Sebenarnya Vicious tidak pandai pun bermain bass. Vicious diterima menyertai Sex Pistols kerana perangai ‘punk’ gilanya yang ‘sejati’. Malcolm Mclaren adalah individu yang bertanggung jawab membawa Sid Vicious ke lembah kemasyhuran dan bertindak selaku pengurus band ini.
Kehadiran Sid telah membuatkan populariti band ini terus melonjak naik dan menjadi bertambah rebel. Ini kerana Sid sendiri seorang yang aggresif dan ganas sesuai dan kena dengan imej Sex Pistols. Gayanya berseluar jeans ketat dan koyak rabak, susuk tubuh kurus sehingga nampak tulang, jalan membongkok, menagih heroin, rambut tidak terurus seperti kena renjatan elektrik, berjaket motosikal yang lusuh serta pin-pin yang menjadi aksesori jaket, memakai rantai besi seperti anjing bersama-sama dengan mangga - Sid juga banyak mempertonton aksi yang ganas semasa berada di atas pentas seperti mengkelar dada dengan pisau, vandalisme, berperlakuan jijik dengan membuat isyarat lucah serta beraksi kurang ajar seperti suka meludah dan kencing di atas pentas sehingga membuatkan Menteri Pendidikan Britain pada ketika itu melabelkan mereka sebagai 'Agen Keruntuhan Moral Masyarakat'.
Ketika itu, seluruh dunia dahagakan sesuatu muzik rock yang segar, walaupun pada dasarnya mereka hanya memainkan muzik rock yang mudah, cuma kelajuan temponya saja ditambah. Dengarkan saja lagu-lagu daripada album Nevermind The Bollocks, kebanyakannya anak-anak muda di seluruh dunia mula berfikiran haluan kiri setelah ‘karya’ yang menghasut minda dengan lagu-lagu seperti Anarchy in U.K, dan God Save The Queen. Semuanya berunsurkan hedonisme dan mengajak anak-anak muda memberontak. Dia menjadi ikon pada muda

KEMATIAN SID VICIOUS
          Pada suatu petang 1 Februari 1979, sebuah parti kecil diadakan di rumah kekasih Vicious iaitu Michelle Robison untuk meraikannya yang dibebaskan dari Penjara Riker’s Island kerana menyerang adik kepada Patti Smith (penyanyi punk).
          Tempoh 7 minggu pastinya begitu lama buat penagih tegar mengekang dirinya dari sebarang dadah. Malam itu Vicious menyuntik dadah seakan tiada hari esok. Pada malam itu, dia tidur bersama teman wanitanya itu dalam keadaan yang betul-betul khayal.
          Keesokan harinya, Vicious tidak lagi bernyawa. Selepas bedah siasat dilakukan, laporan menunjukkan kandungan heroin yang begitu tinggi dalam paru-parunya. Jarum, sudu dan heroin dijumpai berhampiran mayatnya. Sid Vicious dikatakan menyuntik heroine asli pada dos ketiga dan dengan serta merta nyawanya turut melayang. Ya, esok memang tidak ada buatnya.
          Selepas beberapa hari kematian Vicious, ibunya terjumpa sekeping nota bertulis ; ‘kami telah membuat perjanjian untuk sehidup semati, kini giliran aku melaksanakan janji itu. Tolong kebumikan aku bersebelahan dengan cintaku. Tanamlah aku dengan jaket kulitku, jeans dan but motosikalku. Selamat tinggal! Sekian, - Sid’
          Mayat Nancy ditanam di tanah perkuburan orang yahudi tetapi Vicious, bukan seorang yahudi tidak boleh dikebumikan di sebelahnya. Akhirnya mayat Vicious dibakar dan abunya ditabur di pusara kekasih cintanya itu. Matilah seorang ‘pesona punk’, anak muda yang kojol pada usia yang muda, terlalu muda (21 tahun) yang diangkat-angkat oleh pengikut-pengikut punk.


Sejarah Adolf Hitler dari sisi yang lain. Kenapa kita menerima sejarah dari versi yang berbeza?




Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihakAfrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…




Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) Yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat


SK: Masa kecik - kecik dulu SK suka sangat tengok cerita Combat. SK suka tengok aksi Vick Morrow berperang membunuh askar - askar German. Nampak hebat Vick Morrow dan Tentera  Bersekutu. German kelihatan seperti  orang yang sangat jahat dan ganas.

Pengenalan Diri Aku :)



NAMA : MOHAMAD YAZID B MOHAMAD FUAAD
PANGGILAN : YAZID/AJYD/BAWANG
TARIKH LAHIR : 02 JULAI 1993

TERSIRAT & TERSURAT DLM DRI AKU

- SYG , CINTA & HORMAT
- TENANG & SLUMBER
- SIMPAN DLM HATI
- PERHATIKAN DENGAN MATA
- MENCARI JAWAPAN SEDAYA UPAYA
- MARAH BILA BOSAN
- SAKIT KEPALA BILA BERFIKIR
- BLUR UNTUK TENANG
- MARAH BILA SAYANG
- GERAM BILA MENJAWAB
- BERUBAH MENJADI YG SETIA
- BUAT APA SAJA UNTUK SI DIA

KATA-KATA

SENYUM TAK SEMESTINYA SUKA
MENANGIS TAK SEMESTINYA KECEWA
TERLUKA TAK SEMESTINYA SAKIT
GEMBIRA TAK SEMESTINYA RESAH
DIAM TAK SEMESTINYA TAK BUAT APA2

PANTUN

AKU PENDIAM , AKU PEMALU
KAU BUAT HAL
HAA KAU TUNGGU SITU


Subcultural Foundation : The Skinheads

While a previous entry has touted the style and smart sensibilities of the mods, this is about their progression into another culture altogether, the skinhead. The skinhead borrows many features of the mod. The basic style and musical taste remain similar, if a bit skewed toward the ska and reggae brought to London by West Indian immigrants. Early skins also wore slim fitted 3-button suits, but this morphed into a more casual look with polo shirts, short sleeve button downs, and denim. One of the key differences in both cultures centers on the subject of class. The mods were very much interested in higher culture; fashion, philosophy, art, and literature. They could be viewed as upwardly mobile. The skins, on the other hand, had a greater focus on working roots. This emphasis created a much more masculine image that was rougher around the edges.

Breaking away from the mods stylistically in the late 60s, the skins cropped their hair short, thus appropriating the moniker. A key feature of the skins outfit was their combat boots, often gleaming from constantly being polished. Brogues and loafers were also worn by skins, especially in the early years. Levis Sta-Prest trousers were worn short, with no visible break. Jeans were also worn short, but rolled, as to accentuate the boots.Popular brands for shirts were Fred Perry, Ben Sherman, Brutus, and others with a high button down collar. These were chosen to mimic the Brooks Brothers polo shirts popular in America. Braces, or suspenders, completed the look, but remained slim (approx. ½ inch in width). Over top, a skin might wear a harrington jacket, crombie coat, or towards the early 80s, a A-1 bomber jacket.

As the culture grew, the rowdy youth attracted the attention of The National Front and other racist organizations who wished to exploit their numbers. The stereotypical image of racist skinheads was touted by the British media, unfairly stigmatizing the entire movement. This drew a great division among skinheads, those who espoused ignorant racist ideals, and those who understood the roots of their culture and embraced all walks of life. Skinheads today can fall into either camp, or even decide to remain completely unbiased, refraining to get involved in scene politics.Regardless of these issues which have confounded our understanding of this dynamic youth subculture, no one can deny their inherent style.Skins still exist, yet they are hard to find. I for one, would love to see more clothing influenced by this culture, for they truly had an understanding of how to flaunt their style and still retain their brutish demeanor.




Fashionista of aJyd Mccartney



entering harini ini aku nak cerita jenis fashion apa yang aku pakai dan jenis fashion yang aku teringin sangat na pakai . ke bandar atau ke kolej . . mari lihat ! haha
tak ramai yang pakai fashion cam ni . tapi aku kesah ape . takdenyer aku na dressup cam matrempit kat luaa sane . bagi aku fashion laa camni gerek gilaa . .



Model : Travis Barker
Fashion : Punk Skater / Hip Hop Rapper

yang bawah ni merupakan fashion yang paling aku minat , bab cara pemakaiannya unik . kalau nak tengok ramai yang pakai fashion camni , tengok pada orang yang bawak vespa . KL ramai kott . .





Model : CT Spungen and the Gangs (KL Skinheads)
Fashion - Skinheads / Mods

and Lastly fashion yang sekarang aku pakai , ia melambangkan jiwa aku yang gila sangat irama muzik lama . kadang2 pelik juga bila orang muda cam aku minat lagu lama-lama . tapi aku tak minat melayu punya 60'an , tapi english cam elvis presley , the doors , the beatles , the yardbirds, led zeppelin atau senang na dicakap old skool rocker ler . . disebabkan aku minat sangat bende2 lame ni , so pkaian aku pun dah takboleh na urban sgt . beli baju pun kat bundle . murah je kan . . haha




Model : Rolling Stones and Led Zeppelin
Fashion : Rocker of Rock and Roll

okayy dah tau kan apa yang aku minat ? haha pelik kan ? mmg pelik .. .
so lau tengok aku pakai pelik-pelik kat mana-mana tu , toksah laa wat muka pening kayy . .
fashion ada pelbagai . so hayati lahh . k chaw !



Nota untuk my Future Wife . . Ehemmmm




~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi pendamping buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemangkin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana..
Aku hanya mengharapkan seorang isteri yang solehah dalam rumah tanggaku
Yang boleh selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya jika aku tersesat
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, amiin ~♥~

Nak berjaya atau Nak Gagal?


Jika kita pernah gagal.....
Bermakna kita semakin menghampiri kejayaan,
Ramai orang akan tersenyum jika melihat kita gagal atau berputus asa,


Jika kita berhenti berusaha maka matikah cita-cita,
tiada harapan....,
Jangan berputus asa,buktikan^_^

Orang yang berjaya adalah orang yang suka mencari peluang,
Orang yang gagal ialah orang yang suka memberi alasan.

nota kaki : bleh la nak baca yang kat atas ni buat versi pantun atau sajak.Aku baca buat versi syair.30minit baru abez.haha
p/s: kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi.zasss...err,macam melodi la plak.

********